Tuesday, March 29, 2011

WASPADA DENGAN PEROSAK KEBAIKAN

Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.

Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai anak Adam, berapa banyak pelita yang telah dipadamkan oleh hembusan angin.
Berapa ramai ahli ibadah yang telah dirosakkan oleh ujub.
Ramai orang kaya yg dirosakkan oleh kekayaan.
Ramai orang sihat dirosakkan oleh kesihatannya.
Ramai orang alim yang dirosakkan ilmunya.
Ramai orang jahil yang dirosakkan kejahilannya.

Kalau tidak kerana orang tua yang bongkok,
pemuda yang khusyuk,
bayi yang menyusu,
dan binatang yang sihat,
nescaya akan Kujadikan langit itu daripada besi,
bumi itu kering dan tanahnya daripada abu.
Aku tidak akan turunkan hujan walau setitik,
tidak aku tumbuhkan daripada bumi walaupun sebutir benih dan Aku akan tuangkan atasmu azab yang sepedih-pedihnya."

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

0 comments: