Thursday, March 31, 2011

TANGANI STRESS

· Solat dengan khusyuk.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari
baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya,
ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat. Sebaliknya
sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan
kelepasan. Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas
sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).


· Bacalah al- quran kerana sesungguhnya al-quran adalah penawar bagi hati.
Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran,
ataukah hati mereka terkunci?”
(Surah Muhammad: Ayat 24)

· Sentiasa senyum.
Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda :
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah"
(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)

· Bersendirian/ bermuhasabah diri.
Hadis Qudsi yg bermaksud, "Barangsiapa yang tidak redha dengan
qadha'Ku(ALLAH), dan tidak bersyukur dengan pemberianKu, dan tidak sabar
dengan ujianKu, maka carilah Tuhan selainKu."

· Sentiasa berzikir.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah”. Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati
manusia."
(QS: Ar-Raad: Ayat 28)


"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati."
[Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]


· Berkasih sayang.
Hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana
kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan
shuhada yang menyukai mereka "
(riwayat Attarmizi)

0 comments: