Tuesday, September 27, 2011

SAYA SAYANG AWAK

✿..SAYA SAYANG AWAK..✿ 

bila ada orang kata, "saya SAYANG awak..”. 

saya cuma nak tanya,"BETUL ke awak SAYANG saya?” 

saya cuma nak minta.. “kalau betul awak sayang saya, jangan biar saya terus bergelumang dengan DOSA..”  

“kalau betul awak sayang saya, jangan biar saya TERSALAH ARAH” 

“kalau betul awak sayang saya, TUNJUKKAN saya ke arah KEBAIKAN..”

“kalau betul awak sayang saya, tolonglah saya..agar kasih sayang antara kita, BUKAN hanya di dunia, tapi hingga ke syurga..“ 

kalau TIDAK, maka janganlah pernah ungkapkan ”SAYA SAYANG AWAK..” 
->>> sebab saya TAKUT, kata sayang itu..hanya gula-gula dibibir awak..yang SIA-SIA, tidak memberi sebarang makna..menyebabkan ia menjadi ayat BIASA yang tiada HARGA lagi.. 

kerana 'sayang' tidak akan membiarkan yang disayangi MENZALIMI DIRI..✿

Monday, September 19, 2011

NICE QUOTE

UNTUK MUSLIM,,,
BE A MAN,,, DNT APPROACH HER, BUT APPROACH HER WALI...
such a nice quote... Islam e2 indah.. buat sesuatu di jalan Allah,, insyaAllah diberkati,, dan e2lah yg seharusnya dilakukan.. mencari keredhaan Allah supaya ia lebih indah pada masa akan datang.. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”

UNTUK MUSLIMAH,,,
Menerusi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud : “Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."

AURATMU

‎~* Wanita dan AURAT sering dikait dengan RAPAT,
Bukan nak MENGUMPAT tapi hanya nak beri NASIHAT,
Bila AURAT DIBERI lihat maka bertambah DOSA di pertingkat,
WANITA itu anugerah TERHEBAT itu pasal dijaga begitu ERAT,
Walau seinci yang TERLIHAT maka rugilah dirasakan NIKMAT,
Biarlah AURAT di tutup RAPAT dengan HEBAT,
Agar redha ALLAH terasa DEKAT dan bertambah BERKAT *~

SENYUM ITU SEDEKAH

Ada seorang budak suka tersenyum di hadapan tabung masjid. Kejadian ini menyebabkan imam masjid mendatangi budak ini untuk bertanya.

Imam : Kenapa selalu tersenyum depan tabung masjid?
Budak : Ustazah saya kata, senyum itu satu sedekah. Saya tak ada duit, jadi saya senyum saja lah di hadapan tabung masjid untuk bersedakah.
Imam : =.="

TOUCH - HALAL ATAU HARAM -

Sabda Nabi: “Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” -Riwayat Ibnu Majah-

Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat..

p/s: e2 lah perbezaan hubungan yang halal dan tidak... bersentuhan tak salah tapi if dah dapat lesen.. sahabat dan sahabiyah sekalian, jga diri, jga iman, jga akhlak... :)

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

“Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya.

“Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

“Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu”

Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang”

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.

ISTIKHARAH TENANG DAN DAMAI

Istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah, itulah yang dimahukan dari istikharah. Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan, tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan. Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuhannya.

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Solat Istikharah – Pembuka Ketenangan Jiwa dan Kedamaian Hati

CINTA ALLAH CINTA ABADI

‎"Saat ALLAH SWT mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah 'hati' mereka. Di situlah ALLAH melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik, "AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU" Adakah kita di dalam kecintaan pada Allah?"

Monday, September 12, 2011

Ya Akhi Wa Ukhti

Aku kagum melihat seorang JEJAKA,
Tampannya sukar DITERJEMAH,
Bukan dari PARAS RUPA tapi pada AKHLAKnya..
Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang PERTAMA menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk MENUNAIKAN seruannya....
Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya...
Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..
Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya....
Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA...
Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya...♥ ~~~

Saturday, September 10, 2011

BANGGA

Bangga

Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) - kedua-dua adalah penyakit yang boleh 'mematikan' hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.

Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat."

PANDUAN MENEGUR

Panduan

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah;

1) tidak merendahkan ego orang yang ditegur

2) mencari waktu yang tepat

3) memahami kedudukan orang yang ditegur

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.

Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103yang mengingatkan,

''Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk."

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;

''Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut."

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,

''Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan''.

Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.

Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.

Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.

BERHEMAH DALAM MENEGUR

''Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya."

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ''Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun." Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik."

Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

''Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah."

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai 'orang perantaraan' bagi menjelaskan sesuatu perkara.

JAWAB TELEFON

pada suatu petang,, telefon rumah berbunyi,, dengan keyakinan yg luar biasa...

x: HODOHHHHHH (sepatutnya hello)
y:................................(ceteka apa agaknya berlaku)

antara respon yg diberikan...
xde spe pown yg teka apa yg Y cuba lakukan.. tapi ramai bg respon kepada jwpn X..
X perlu menjawab:
1) cantek di sini...
2) saya mayat...
3) mayat.. hai saya...
4) i luv u..

p/s: sungguh xmenjawab soalan..

HANTARAN

ramai betul bising pasal hantaran...
kecoh satu facebooking ala2 menyiboking plak..
apa pown, perempuan yg baik adalah rendah maharnya...
tapi, skng ni mahar mmg rendah.. dok melambung tinggi tu plak hantaran...
jgn slh tu.. sebab ada yg kata mahar n hantaran sme.. silap tu, mksdnya kne bljr lg b4 khwin.. haha..
antara perbincangan yg dibawakan adalah seperti di bawah...

Contoh kenaikan inflasi yang paling ketara di malaysia....
Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000
P/s - kemaskini harga sebelum merisik.

TAPI BETTER IKUT YG INI...
IQRA' & Muqaddam : RM1000
Al-Quran tp tak khatam : Rm3000
Al-Quran khatam skali : Rm5000
Al-Quran hafal dimulut siap leh tafsir + hadis2 = RM10,000
Al-Quran hafal di mulut siap leh tafsir + hadis2 + pandai masak + pandai layan suami zahir dan batin + Akademik mantap + bekerjaya = RM50,000 pon sanggup...

p/s: BAITUL MUSLIM>>> Membangun peradaban Rabbani dalam naungan keluarga Islami... seorang muslimah tidak boleh dinilai dengan wang ringgit... apalah makna hantaran yg tinggi.. yg pntg khidupan selepas diijabkabul mendpt rahmat dan keberkatan,,, mmpunyai ank yg soleh dan solehah.. bg ikut kemampuan dan keikhlasan.. jgn menyusahkan untuk buat perkara yg baik~

Friday, September 9, 2011

MAAF, SORRY, AASIF JIDDAN

ღ¸.•´¯)♥ BELAJARLAH UNTUK SELALU BOLEH MENULIS KESALAHAN SESEORANG DI ATAS PASIR, AGAR ANGIN MAAF DATANG BERHEMBUS & MENGHAPUS TULISAN ITU...

ღ¸.•´¯)♥ Kerana Terkadang 10 kebaikan seseorang boleh terlupakan hanya kerana 1 kesalahan. Padahal manusia itu tidak ada yg sempurna & semua org itu pasti pernah melakukan kesalahan. Belajarlah utk boleh saling memaafkan, kerana sesungguhnya saling memaafkan itu merupakan sesuatu indah :) ღ¸.•´¯)♥

Thursday, September 8, 2011

PENDIAM ITU BAIK

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
sebab kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah , tidak salah.
Yang salah
memikirkan kesalahan orang.


p/s: sampai bila nk diam kalau keaiban seseorg sering di jaja?? penat lah dengar gosip,,, mmg la sy seorang pendengar yg baik (perasan ckit je) tapi bukan untuk mendengar keaiban seseorang... maaf la~~~~ makin byk keaiban org dibuka, smkn byk keaiban diri sndiri terdedah...

AWAK BAIK TAK LAYAK UNTUK SAYA

awak baik tak layak untuk saya,,,

banyak kali kwn2 mengadu pasal hal ni...

sehingga menimbulkan persoalan pd diri...
bukankah betapa bertuahnya seseorang apabila menemui yang baik? (persoalan baik sangka)
adakah kita masih ingin menolak kebaikan jika ia ada sudah di depan mata??? (persoalan baik sangka tahap 2)

sebenarnya kau ni betul2 baik ke? (persoalan prasangka)
jika dia benar2 baik kenapa perlu ditinggalkan?? (persoalan prasangka tahap 2)

pelik cara pilihan manusia ni...

kalau dia bukan pilihan berterus teranglah,,
jangan meletakkan kebaikan yg ada pada seseorang sehingga merasakan diri tidak layak untuk kebaikan...

penolakan sedemikian, nampak kecil impak besar...
apakah berlaku jika ia mengatakan "salah ke aku menjadi baik sampai tak layak bersama sesiapa,, adakah yg kurang baik lebih mudah menemui pasangan pada masa kini" nauzubillah min zalik...

p/s: Aku mencintaimu kerana agama yg ada pd dirimu.Jika kau menghilangkan agamamu itu maka hilanglah cintaku padamu.. (Imam Nawawi)

JIKA BENAR CINTA

JIKA BENAR LELAKI SOLEH ATAU WANITA SOLEHAH ITU MENCINTAMU :


- Dia tidak akan MEMBIARKAN DIRIMU MENYENTUHNYA selagi tidak bernikah

- Dia tidak akan MERELA DIRIMU MEMANGGIL 'SAYANG' sebelum BERNIKAH

- Dia tidak akan MEMBIARKAN AURATNYA Dilihat Olehmu

- Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK

Soalan Kita & Inilah Jawapan ALLAH

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)


Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)


Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)


Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)


Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)


Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)


p/s : apakah kte fikir kte lebih tau dari ALLAH? apakah kite fikir kite lebih tau ape yang terbaik untuk kite? renung-renungkan kawan-kawanku.. renungan utk diri sendiri juga -_-


◕‿◕ Satu ketika aku bertanya..◕‿◕

◕‿◕ Satu ketika aku bertanya..

Sudikah kau menjadi Makmum

disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna..

dan terjaga hendaknya..

Sudikah kau menjadi Penjaga

diri dan maruahku..

agar hidupku lebih tenang dan bahagia..

Sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku..

agar rohaniku terisi hikmahNya..

dan akhlakku terjaga hendaknya..

Sudikah kau menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku..

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..

Sudikah kau menjadi Peneman

di kala suka dan duka ku..

agar satu hari,,jika ujian itu dtg..

air mataku ada yg menghapuskan..

Sudikah kau menjadi Pembela

diriku dan agamaku..

agar aku terus berada di atas jln yg benar..

Sudikah kau menjadi Penggerak

semangatku..agar bila aku kelesuan..

kau mampu memberi bantuan..

walau hanya sekadar senyuman..

Sudikah kau menjadi Sahabat

buat diriku..mendengar luahan hatiku..

agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu..

tanpa rasa ragu..

Sudikah kau menjadi Penghibur

tika ku kesunyian..

agar aku boleh ketawa riang..

Satu ketika kau akan menjawab…

“Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI


Tetapi,,kau kembalikanlah soalan ini kepadaku


Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

Sudikah kau pula menjadi

Imam,,Penjaga,,Pendidik,,

Pemerhati,,Peneman,,Pembela,,

Penggerak,,Sahabat dan Penghiburku,,

Jika suatu ketika nanti

aku sudah tidak mampu lagi menjadi

Makmum di setiap solatmu…

Jika aku sudah tidak mampu lagi

menjagamu,,

menemanimu,,

memerhatikanmu,,

mendidikmu,,

membelamu,,

menggerakkanmu,,

menjadi sahabatmu dan

menghiburkanmu..

Sudikah kamu wahai …………………?

Aku percaya..kau masih sudi..

“Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..”

Keluarga bahagia impianku..