Wednesday, November 19, 2014

I'M STRESS

Semua serba tak kena.. Buat salah, tak buat salah.. Aku pn ada emosi yg perlu dikawal jg.. Tp pg2 mcm ni buat spoil mood mmg x terkawal r.. Terkilan semalam pn xsettle lg.. Susah nk puaskan ht semua org.  Last2 makan hati sendiri je.. Org kata memberi maaf tu bgus, tapi... Hurm ntah lah.. Susah nk ckp ble kne pd diri sndiri.. Betapa kuatnya org yg boleh aggap bnda tu angin lalu je.. Semudah itu meminta maaf.. Bak kata seseorg, kalau minta maaf tu perlu xwujudlah polis kat dunia nie..

Apa perasaan korg la kan bila tgh bg maklumat dpan org ramai ttbe di cut off suh benti.. Pk sejenak..

BE PROFESIONAL

Da bersarang, berdebu, berhabuk punya lama xjenguk blog.. Slmt kmbali utk berblog..

Org kata bumi Allah ni luas buat apa kita nk pk masalah yg kecik.. Masalah kecil dan nikmat Allah tu lebih luas.. Be positif.. I will try to be.. Igtlah di saat kita tak punya siapa2, cukuplah Allah ada utk kita. Allah sntiasa ada dgn kita tp xtau la sejauhmana kedekatan kt plak.. Susah, ingat Allah.. Gembira? Di manakah hati kita?

Takut x jd manusia nie. Mudah berkata tp xmudah utk mengotakan kata. Mudah mengarah tp xmudah utk melaksana. Al kisah cerita di tmpt kerja hr ni.  Bos mengatakan berlapang lah dada, be profesional.. Erm.. Satu soalan.. Profesional kah anda jika selepas punch p kuar kedai soping2.. Oh hoo.. Let me think! Oke, kt sbg manusia yg baik kne pk yg baik2 dan amk nasihat yg baik tu.. Jgn tgk perangai yg xbaik.. Sometym, boleh gax r.. Tp lbh byk mcm xboleh nk amk yg positif..

Letih kan jd manusia ni.. Tp spe kata jd binatang x letih.. Walhal da jelas manusia ni makhluk yg plg terbaik.. Kt patut bersyukur kan.. Am i ryt??

Ok, lps ni mst byk lg bnda yg leh stori kat cn.. Kpe? Well everyone can hear but not all can listen.. Pembaca semua sila doakan sy menjadi org yg baik ya.. Doakan sy blh didik ht ke arah kebaikan.. InsyaAllah sy doakan semua urusan anda dipermudahkan.

Friday, February 24, 2012

SUDAH BERSEDIA, KAHWINLAH

Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup. :)

Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.

Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa.

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam.

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Wallahu a'lam.

Share jom dakwah^^,

Tuesday, February 7, 2012

HATI, CINTA, & NIKAH


Thursday, November 3, 2011

HAMPIR ATAU JAUH

Carilah pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pd Allah, serta bercita2 ke arah memperbaiki imanmu kpd Allah..
Percepatkanlah nikah mu..

Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan malah mengingatinya telah melalaikanmu dari bercita2 memperbaiki imanmu..

Sunday, October 30, 2011

9 Wanita Idaman Lelaki



1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak cerewet.

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :


Bersopan satun
Sentiasa memansikan wajah
Sentiasa senyum
Menutup aurat
Ramah dan mesra
Tidak terlalu cemburu
Menghormati orang lain

Saturday, October 15, 2011

SATU CITA-CITA


Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.
Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.
Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.
Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.
Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,  maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.
Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.
Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas... .