◕‿◕ Satu ketika aku bertanya.. Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku.. agar solatku lebih bermakna.. dan terjaga hendaknya.. Sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku.. agar hidupku lebih tenang dan bahagia.. Sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku.. agar rohaniku terisi hikmahNya.. dan akhlakku terjaga hendaknya.. Sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku.. agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku.. Sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku.. agar satu hari,,jika ujian itu dtg.. air mataku ada yg menghapuskan.. Sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku.. agar aku terus berada di atas jln yg benar.. Sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..agar bila aku kelesuan.. kau mampu memberi bantuan.. walau hanya sekadar senyuman.. Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku.. agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu.. tanpa rasa ragu.. Sudikah kau menjadi Penghibur tika ku kesunyian.. agar aku boleh ketawa riang.. Satu ketika kau akan menjawab… “Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI Tetapi,,kau kembalikanlah soalan ini kepadaku Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU? jika aku sudah tidak seperti dulu? Sudikah kau pula menjadi Imam,,Penjaga,,Pendidik,, Pemerhati,,Peneman,,Pembela,, Penggerak,,Sahabat dan Penghiburku,, Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu… Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu,, menemanimu,, memerhatikanmu,, mendidikmu,, membelamu,, menggerakkanmu,, menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu.. Sudikah kamu wahai …………………? Aku percaya..kau masih sudi.. “Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..” Keluarga bahagia impianku.. 

Thursday, September 8, 2011
◕‿◕ Satu ketika aku bertanya..◕‿◕
Posted by NuRFa at 12:01 PM 0 comments
Wednesday, September 7, 2011
ALHAMDULILLAH -SEGALA PUJI BAGI ALLAH-
Mereka bertanya kepadaku: "Apa khabar?"
Lantas jawabku: "Alhamdulillah."
Maka mereka menyangka bahawa aku sedang dalam kegembiraan. Mereka lupa bahawa kita bersyukur kepada Allah semasa gembira dan dukacita..
Alhamdulillah ketika kita bersedih, alhamdulillah ketika dunia menghimpit kita, alhamdulillah ketika kita ceria, alhamdulillah ketika kita sakit, alhamdulillah ketika kita redha dengan ketentuan, alhamdulillah ketika kita selesa..
Alhamdulillah dalam setiap hal dan keadaan.
Posted by NuRFa at 8:18 PM 0 comments
SOLAT
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-
1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan
Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari. (xsmpai kot)
Kata Nabi Muhammad S.A.W;
Posted by NuRFa at 7:50 PM 0 comments
ALLAHUAKBAR
Allah SWT always has 3 replies for our prayers:
-Yes
-Yes, but not now
-I have a better plan for you
There's never a NO~
Posted by NuRFa at 7:41 PM 0 comments
NIKAH CONNECTING PEOPLE
SINGLE =
Jangan bersedih kerana Allah
akan memberi yang terbaik nanti.
COUPLE = Jangan terlalu seronok
kerana di waktu inilah saham
dosa meningkat.
TUNANG =Jangan terlalu lama
kerana ia akan menimbulkan
pelbagai masalah.
BERNIKAH = Jangan terlalu leka
kerana telah diberikan
tanggungjawab yang akan
dipersoalkan di akhirat kelak.
BERCERAI= Allah membenci
umatnya yang bercerai berai
Posted by NuRFa at 7:40 PM 0 comments
SYUKURLAH
Tidak ku pinta yang menawan,
Posted by NuRFa at 7:38 PM 0 comments
PERHUBUNGAN YANG HALAL
"Aikk, tak sudah menangis lagi. kenapa nie?" Kau tersenyum sambul mengesat air mata pada pipi mulus si isteri. Si isteri menepis tanganmu perlahan. Kau tak marah, tapi kau senyum. Entah kau rasa dia comel macam tu.
"Geram tahu geram." Si isteri mengetap bibir. Air mata pada pipinya dilap menggunakan belakang tangan. Kasar. Geram sangatlah tu. Tak apa masih comel. Kau hanya senyum lagi.
"kenapa geram?" kau cubit pipinya tapi ditepis lagi. Merajuk pulak. Ketawa perlahan. Kau tarik tangan kanan dia, dia tarik balik. Kau geleng kepala, tapi bibir masih tersenym.
"Orang baca satu buku ni dalam bilik abang. Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak, tak adalah orang nak menjeruk rasa dulu." Dia mencebirkan bibir. Kau mula mengerutkan dahi. Dia tunjuk buku tebal yang muka hadapannya daripada kulit. Kau senyum.
"Sengaja aje tak nak bagi tahu. Semua bersebab bukan? Abang jauhkan diri sebab nak lindungi awak. Abang tak text awak sebab tak nak nanti kita dekati zina. Zina hati atau apa pun. Abang diam aje sebab abang hormat pada awak. Abang tak jumpa awak sebab abang ada perasaan tak patut muncul saat awak belum sah untuk abang. Abang perlu kuatkan cinta abang pada Allah SWT sebelum abang boleh cintai awak. Abang kena stabilkan hidup abang, untuk tanggung hidup awak. Cukuplah kalau masa tu abang tahu abang sayang awak, dan awak sayang abang. Abang lebih suka lihat dari jauh. Abang buat ini semua demi kebaikan, dan akhirnya awak jadi isteri abangkan?" Matanya tersenyum, kau turut senyum.
* Hubungan yang halal itu lebih indah dari hubungan yang masih tergantung kesudahannya.
Posted by NuRFa at 7:37 PM 0 comments


