Thursday, September 8, 2011

◕‿◕ Satu ketika aku bertanya..◕‿◕

◕‿◕ Satu ketika aku bertanya..

Sudikah kau menjadi Makmum

disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna..

dan terjaga hendaknya..

Sudikah kau menjadi Penjaga

diri dan maruahku..

agar hidupku lebih tenang dan bahagia..

Sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku..

agar rohaniku terisi hikmahNya..

dan akhlakku terjaga hendaknya..

Sudikah kau menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku..

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..

Sudikah kau menjadi Peneman

di kala suka dan duka ku..

agar satu hari,,jika ujian itu dtg..

air mataku ada yg menghapuskan..

Sudikah kau menjadi Pembela

diriku dan agamaku..

agar aku terus berada di atas jln yg benar..

Sudikah kau menjadi Penggerak

semangatku..agar bila aku kelesuan..

kau mampu memberi bantuan..

walau hanya sekadar senyuman..

Sudikah kau menjadi Sahabat

buat diriku..mendengar luahan hatiku..

agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu..

tanpa rasa ragu..

Sudikah kau menjadi Penghibur

tika ku kesunyian..

agar aku boleh ketawa riang..

Satu ketika kau akan menjawab…

“Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI


Tetapi,,kau kembalikanlah soalan ini kepadaku


Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

Sudikah kau pula menjadi

Imam,,Penjaga,,Pendidik,,

Pemerhati,,Peneman,,Pembela,,

Penggerak,,Sahabat dan Penghiburku,,

Jika suatu ketika nanti

aku sudah tidak mampu lagi menjadi

Makmum di setiap solatmu…

Jika aku sudah tidak mampu lagi

menjagamu,,

menemanimu,,

memerhatikanmu,,

mendidikmu,,

membelamu,,

menggerakkanmu,,

menjadi sahabatmu dan

menghiburkanmu..

Sudikah kamu wahai …………………?

Aku percaya..kau masih sudi..

“Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..”

Keluarga bahagia impianku..

0 comments: