Sekuntum bunga mawar tertarik dengan seekor kumbang kerana keterlebihan keprihatinannya. Bunga tersebut tidak boleh membuang rasa di 'take care'. Bunga itu malangnya juga bertambah suka yang menjadi kasih kepada kumbang tersebut kerana keprihatinannya berbanding kumbang yang lain. bagaimana si bunga harus mengawal emosi? mohon perkongsian..... ^___________^ ……………………. Insya Allah adikku sayang, bagaimana si bunga harus mengawal emosi? Adik yg akak sayangi krn Allah S.W.T, baiknya Allah S.W.T sudi memberitahu kita melalui firman-Nya: “Diantara sebahagian manusia ada yang menjadikan tuhan-tuhan tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman lebih besar cintanya kepada Allah.'' (QS. Al Baqarah, 165) “Sungguh Allah S.W.T itu Cemburu, dan sungguh orang mukmin itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu adalah (bila) seorang mukmin melakukan apa yang diharamkan Allah padanya.” ( hadis shahih) Kita takut dik, kita takut bila kita meletakkan selain Allah.. lebih kita fokus, lebih kita ingat. Kita takut Allah cemburu pada kita. Bila Allah cemburu kat kita dik, azab Allah yang paaaling kita takut .. bila Allah tak nak kisah lagi pada kita, apa akan jadi pada kita? Kita tak akan rasa seronok lagi nak ikut jalan kebaikan.. kita tak akan rasa lazat lagi nak mencari kebenaran. Allah kunci hati kita. Kita terpisah daripada hidayah Allah. Jadi apa kita nak buat? Bagaimana kita nak uruskan perasaan suka pada si dia? banyakkan muhasabah. Adakah kita tertarik pada si dia kerana agamanya, peribadinya yang soleh, atau kerana rangsangan-rangsangan nafsu? ''kakak, jika kita nak kahwin, macam mana kita nak tahu peribadi si dia, seandainya kita tak berkawan dulu?'' akak tersenyum.. Ermm.. tentu susahkan nak tahu peribadi sorang lelaki, lebih-lebih lagi, bagi kita yang menjaga iktilad..tapi, akak ingin berkongsi, cara nak tahu peribadi si dia.. lihatlah bagaimana ia menawarkarkan cintanya pada kita Jika ia menawarkan cintanya dengan berkenalan, jumpa, sms, fb, call.. tentunya cinta itu terlalu rapuh. Tapi, jika ia menawarkan cintanya dengan meminta pertolongan orang tengah yang dipercayai peribadinya. InsyaAllah, inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w . Lebih yakin lagi, jika si dia meminta (dari orang yang dipercayai peribadinya) agar dicarikan untuknya. Subhanallah! Di sini tergambar keindahan tawakalnya pada Allah dalam memilih calon isterinya. Tentu isterinya juga solehah kan?
Sunday, July 3, 2011
MEMILIH CALON SUAMI
Posted by NuRFa at 11:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment