Carilah pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pd Allah, serta bercita2 ke arah memperbaiki imanmu kpd Allah..
Percepatkanlah nikah mu..
Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan malah mengingatinya telah melalaikanmu dari bercita2 memperbaiki imanmu..
Thursday, November 3, 2011
HAMPIR ATAU JAUH
Posted by NuRFa at 8:28 AM 0 comments
Sunday, October 30, 2011
9 Wanita Idaman Lelaki
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak cerewet.
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
Bersopan satun
Sentiasa memansikan wajah
Sentiasa senyum
Menutup aurat
Ramah dan mesra
Tidak terlalu cemburu
Menghormati orang lain
Posted by NuRFa at 6:29 AM 0 comments
Saturday, October 15, 2011
SATU CITA-CITA
Posted by NuRFa at 4:56 PM 0 comments
Tuesday, October 11, 2011
SUSAH & MALU MENYATAKAN CINTA
Punca perempuan susah dan malu menyatakan cinta kepada lelaki.
Rujukan: "Daliluka ila al-Mar'ah" (1997), karangan Adnan Tharsyah. Beliau memetik kata-kata ini dari Tafsir al-Qurtubi, "al-Jaami' li Ahkam al-Quran",I, h.243.
Posted by NuRFa at 5:11 AM 0 comments
Tuesday, September 27, 2011
SAYA SAYANG AWAK
Posted by NuRFa at 6:32 PM 0 comments
Monday, September 19, 2011
NICE QUOTE
UNTUK MUSLIM,,,
BE A MAN,,, DNT APPROACH HER, BUT APPROACH HER WALI...
such a nice quote... Islam e2 indah.. buat sesuatu di jalan Allah,, insyaAllah diberkati,, dan e2lah yg seharusnya dilakukan.. mencari keredhaan Allah supaya ia lebih indah pada masa akan datang.. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”
UNTUK MUSLIMAH,,,
Menerusi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud : “Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."
Posted by NuRFa at 8:18 PM 0 comments
AURATMU
~* Wanita dan AURAT sering dikait dengan RAPAT,
Bukan nak MENGUMPAT tapi hanya nak beri NASIHAT,
Bila AURAT DIBERI lihat maka bertambah DOSA di pertingkat,
WANITA itu anugerah TERHEBAT itu pasal dijaga begitu ERAT,
Walau seinci yang TERLIHAT maka rugilah dirasakan NIKMAT,
Biarlah AURAT di tutup RAPAT dengan HEBAT,
Agar redha ALLAH terasa DEKAT dan bertambah BERKAT *~
Posted by NuRFa at 4:34 PM 0 comments
SENYUM ITU SEDEKAH
Ada seorang budak suka tersenyum di hadapan tabung masjid. Kejadian ini menyebabkan imam masjid mendatangi budak ini untuk bertanya.
Imam : Kenapa selalu tersenyum depan tabung masjid?
Budak : Ustazah saya kata, senyum itu satu sedekah. Saya tak ada duit, jadi saya senyum saja lah di hadapan tabung masjid untuk bersedakah.
Imam : =.="
Posted by NuRFa at 4:03 PM 0 comments
TOUCH - HALAL ATAU HARAM -
Posted by NuRFa at 3:47 PM 0 comments
DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat. “Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi” Katanya memberi buah fikirannya. “Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok” tambah wanita ini lagi. Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance’ hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu : “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu” (Riwayat Muslim) Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja. “Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game’ semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: “Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu” Lalu jawab si pekerja : ” Saya luaran je nampak main ‘game’ boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang” Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya : “Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim) Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja. Justeru, ‘we can judge a book by its cover in certain cases’ iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what’s inside the heart of a person’.
Posted by NuRFa at 3:39 PM 0 comments
ISTIKHARAH TENANG DAN DAMAI
Solat Istikharah – Pembuka Ketenangan Jiwa dan Kedamaian Hati
Posted by NuRFa at 3:36 PM 0 comments
CINTA ALLAH CINTA ABADI
"Saat ALLAH SWT mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah 'hati' mereka. Di situlah ALLAH melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik, "AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU" Adakah kita di dalam kecintaan pada Allah?"
Posted by NuRFa at 3:27 PM 0 comments
Monday, September 12, 2011
Ya Akhi Wa Ukhti
Aku kagum melihat seorang JEJAKA,
Tampannya sukar DITERJEMAH,
Bukan dari PARAS RUPA tapi pada AKHLAKnya..
Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang PERTAMA menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk MENUNAIKAN seruannya....
Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya...
Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..
Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya....
Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA...
Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya...♥ ~~~
Posted by NuRFa at 3:19 PM 0 comments
Saturday, September 10, 2011
BANGGA
Bangga Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) - kedua-dua adalah penyakit yang boleh 'mematikan' hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat. Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah. Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan. Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya; "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. "Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat."
Posted by NuRFa at 2:07 AM 0 comments
PANDUAN MENEGUR
Panduan Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah; 1) tidak merendahkan ego orang yang ditegur 2) mencari waktu yang tepat 3) memahami kedudukan orang yang ditegur Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah. Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita. Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103yang mengingatkan, ''Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk." Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya. Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud; ''Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata. Rasulullah s.a.w bersabda, ''Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan''. Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini. Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya. Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji. Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.
Posted by NuRFa at 2:06 AM 0 comments
BERHEMAH DALAM MENEGUR
''Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya." Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka. Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa. Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ''Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun." Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya. Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah. Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud; "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan, ''Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah." Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai 'orang perantaraan' bagi menjelaskan sesuatu perkara.
Posted by NuRFa at 1:58 AM 0 comments
JAWAB TELEFON
pada suatu petang,, telefon rumah berbunyi,, dengan keyakinan yg luar biasa...
Posted by NuRFa at 1:44 AM 0 comments
HANTARAN
Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000
P/s - kemaskini harga sebelum merisik.
IQRA' & Muqaddam : RM1000
Al-Quran tp tak khatam : Rm3000
Al-Quran khatam skali : Rm5000
Al-Quran hafal dimulut siap leh tafsir + hadis2 = RM10,000
Al-Quran hafal di mulut siap leh tafsir + hadis2 + pandai masak + pandai layan suami zahir dan batin + Akademik mantap + bekerjaya = RM50,000 pon sanggup...
Posted by NuRFa at 1:33 AM 0 comments
Friday, September 9, 2011
MAAF, SORRY, AASIF JIDDAN
ღ¸.•´¯)♥ BELAJARLAH UNTUK SELALU BOLEH MENULIS KESALAHAN SESEORANG DI ATAS PASIR, AGAR ANGIN MAAF DATANG BERHEMBUS & MENGHAPUS TULISAN ITU...
ღ¸.•´¯)♥ Kerana Terkadang 10 kebaikan seseorang boleh terlupakan hanya kerana 1 kesalahan. Padahal manusia itu tidak ada yg sempurna & semua org itu pasti pernah melakukan kesalahan. Belajarlah utk boleh saling memaafkan, kerana sesungguhnya saling memaafkan itu merupakan sesuatu indah :) ღ¸.•´¯)♥
Posted by NuRFa at 5:27 PM 0 comments
Thursday, September 8, 2011
PENDIAM ITU BAIK
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud: “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi) Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. p/s: sampai bila nk diam kalau keaiban seseorg sering di jaja?? penat lah dengar gosip,,, mmg la sy seorang pendengar yg baik (perasan ckit je) tapi bukan untuk mendengar keaiban seseorang... maaf la~~~~ makin byk keaiban org dibuka, smkn byk keaiban diri sndiri terdedah...
sebab kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Posted by NuRFa at 12:41 PM 0 comments
AWAK BAIK TAK LAYAK UNTUK SAYA
awak baik tak layak untuk saya,,,
Posted by NuRFa at 12:15 PM 0 comments
JIKA BENAR CINTA
JIKA BENAR LELAKI SOLEH ATAU WANITA SOLEHAH ITU MENCINTAMU : - Dia tidak akan MEMBIARKAN DIRIMU MENYENTUHNYA selagi tidak bernikah - Dia tidak akan MERELA DIRIMU MEMANGGIL 'SAYANG' sebelum BERNIKAH - Dia tidak akan MEMBIARKAN AURATNYA Dilihat Olehmu - Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK
Posted by NuRFa at 12:13 PM 0 comments
Soalan Kita & Inilah Jawapan ALLAH
Kenapa semua ini terjadi padaku? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) Kenapa terlalu berat ujian ini? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286) Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139) "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87) Bagaimana harus ku hadapi semua ini? "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45) Apa yang akan kudapat daripada semua ini? "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111) Kepada siapa harus aku berharap? "Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129) Berimankah aku? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3) p/s : apakah kte fikir kte lebih tau dari ALLAH? apakah kite fikir kite lebih tau ape yang terbaik untuk kite? renung-renungkan kawan-kawanku.. renungan utk diri sendiri juga -_-
Posted by NuRFa at 12:08 PM 0 comments
◕‿◕ Satu ketika aku bertanya..◕‿◕
◕‿◕ Satu ketika aku bertanya.. Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku.. agar solatku lebih bermakna.. dan terjaga hendaknya.. Sudikah kau menjadi Penjaga diri dan maruahku.. agar hidupku lebih tenang dan bahagia.. Sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku.. agar rohaniku terisi hikmahNya.. dan akhlakku terjaga hendaknya.. Sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku.. agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku.. Sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku.. agar satu hari,,jika ujian itu dtg.. air mataku ada yg menghapuskan.. Sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku.. agar aku terus berada di atas jln yg benar.. Sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..agar bila aku kelesuan.. kau mampu memberi bantuan.. walau hanya sekadar senyuman.. Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku.. agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu.. tanpa rasa ragu.. Sudikah kau menjadi Penghibur tika ku kesunyian.. agar aku boleh ketawa riang.. Satu ketika kau akan menjawab… “Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI Tetapi,,kau kembalikanlah soalan ini kepadaku Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU? jika aku sudah tidak seperti dulu? Sudikah kau pula menjadi Imam,,Penjaga,,Pendidik,, Pemerhati,,Peneman,,Pembela,, Penggerak,,Sahabat dan Penghiburku,, Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu… Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu,, menemanimu,, memerhatikanmu,, mendidikmu,, membelamu,, menggerakkanmu,, menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu.. Sudikah kamu wahai …………………? Aku percaya..kau masih sudi.. “Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..” Keluarga bahagia impianku..
Posted by NuRFa at 12:01 PM 0 comments