Wednesday, July 20, 2011

TIPS MENGENALI JODOH MENURUT ISLAM

Berbual tentang jodoh dengan rakan sekerja. Ramai muda-mudi yang sudah berumahtangga, yang sedang dilamun cinta dan tidak kurang pula yang telah berpisah. Ramai yang kawin muda seawal 20-an, yang kahwin lewat selewat 40-an / 50-an dan tidak kurang pula yang tidak berkahwin. Apa masalah mereka? Kadang-kala kita tengok di alam realiti, mereka yang tidak berkemampuan namun mahu terus berumahtangga, sebaliknya yang berkemampuan tiada nilai disisi lelaki/wanita. Ada pula yang sudah berumatangga bermain kayu tiga. Banyak persoalan kepada situasi tersebut. Apa pun persoalannya, saya ingin Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam.

Ramai sekali muda-mudi yang hidup dalam dilema tentang soal jodoh. Pasti ramai yang sudah mulai bosan untuk menjawab soalan dan ayat seperti "Bila lagi mahu kahwin?", "Takkan takde calon lagi", "Ke awak yang memilih sangat?" dan sebagainya.

Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.

Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.

Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.

Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:

Do'a Mencari Jodoh

Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:

Do'a Putus Cinta

Saya hanya berkongsi tips ini untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya. Hakikatnya datang dari Allah jua. Saya akan bertemu para pembaca lagi untuk ulasan lanjut tentang jodoh. Insya Allah.

Sunday, July 3, 2011

SELAGI PINTU TAUBAT TERBUKA

Sangatlah besar dosa orang yang menunda-nunda taubat, atau yang sengaja berniat melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudian diatas dosanya itu. Kita memang tidak digalakkan melakukan perkara ini. Namun, kelemahan jiwa kita sebagai manusia, kadangkala menjebak kita dalam perbuatan dosa yang sama hingga berkali-kali, walaupun sudah bertaubat pada mulanya..


Apakah dalam keadaan sedemikian kita layak untuk bertaubat?


Sebenarnya, itu HARUS DILAKUKAN. Meskipun terjadi berkali-kali, seperti disebutkan dalam sebuah hadis qudsi, di mana Allah berfirman, “Seorang hamba melakukan dosa dan berdoa,

Ya Rabbi, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku.’


Rabbnya berfirman, Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu”


Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang telah ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa, Ya Rabbi, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku.’


Allah berfirman, ‘Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu


Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang telah ditentukan Allah, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdoa, Ya Rabbi, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku.’


Allah berfirman, Hamba-Ku mengetahui bahawa dia mempunyai Rabb yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu’… [Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim lihat: al-Lu’lu’ wa al-Marjan (1754) dan lihatlah: Fathul Baari juz 13 hal. 46 dan setelahnya]


Ini fenomena biasa yang terjadi dimasa ini, dimana sentiasa berlaku tarik-menarik antara para pelaku dosa dan orang-orang yang bertaubat. Masing-masing bersenang hati menerima kehadiran kembali seseorang yang selama ini berpisah dari mereka. Orang-orang yang bertaubat senang menerima hadirnya pelaku dosa yang kembali bertaubat atas dosa-dosanya. Begitu juga para pelaku dosa akan riang gembira menyambut orang soleh yang kembali menggeluti dosa-dosa.


Oleh itu, banyak orang yang menjadi korban tarik- menarik itu. Banyak orang soleh yang akhirnya terjebak dalam dosa, yang dari dosa itu dahulu dia pernah bertaubat. Dan sayangnya, itu terjadi berkali-kali sepanjang hidupnya. Namun, selama dia ikhlas bertaubat dan ingin memperbaiki diri, tak ada istilah pintu taubat tertutup baginya, selama nyawa belum sampai di kerongkongan, atau matahari belum terbit dari arah barat.

Kita tidak berhak menunda-nunda taubat, dengan berpegang pada kemurahan Allah, rahmat dan ampunan Allah. Allah memang Maha Pemurah, tetapi Allah juga Maha Perkasa, Maha Hebat siksa-Nya. Kita harus sedar, bahawa maut boleh menjemput kita bila – bila masa sahaja.


YANG...

☑ Yang Singkat Itu WAKTU.
☑ Yang Menipu Itu DUNIA.
☑ Yang Dekat I
tu KEMATIAN.

☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
☑ Yang Ringan Itu MENINGGALKAN SOLAT.
☑ Yang Berat Itu AMANAH.
☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
☑ Yang Susah Itu SABAR.
☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
☑ Yang Berharga Itu IMAN.
☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT.

BILA PEREMPUAN YANG TAK TUTUP AURAT AKAN MULA TUTUP AURAT

adik:abg tahu tak bila perempuan yg tak tutup aurat akn mula menutup aurat?

abg:pergi haji la dik, masa kahwin, kn?

adik:salah, teka la lagi

abg:masa dh dpt hidayah Allah kn?

adik:salah, nak tahu jawapanya tak, sng ja

abg:apa dia dik?

adik:tadi ustazah cakap kat sekolah, perempuan akan menutup auratnya apabila dia dikafankan, akn tutup buat selamanya

MEMILIH CALON SUAMI

Sekuntum bunga mawar tertarik dengan seekor kumbang kerana keterlebihan keprihatinannya. Bunga tersebut tidak boleh membuang rasa di 'take care'. Bunga itu malangnya juga bertambah suka yang menjadi kasih kepada kumbang tersebut kerana keprihatinannya berbanding kumbang yang lain.

bagaimana si bunga harus mengawal emosi?

mohon perkongsian..... ^___________^

…………………….


Insya Allah adikku sayang,

bagaimana si bunga harus mengawal emosi?

Adik yg akak sayangi krn Allah S.W.T, baiknya Allah S.W.T sudi memberitahu kita melalui firman-Nya:

“Diantara sebahagian manusia ada yang menjadikan tuhan-tuhan tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman lebih besar cintanya kepada Allah.'' (QS. Al Baqarah, 165)


“Sungguh Allah S.W.T itu Cemburu, dan sungguh orang mukmin itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu adalah (bila) seorang mukmin melakukan apa yang diharamkan Allah padanya.” ( hadis shahih)


Kita takut dik, kita takut bila kita meletakkan selain Allah.. lebih kita fokus, lebih kita ingat. Kita takut Allah cemburu pada kita. Bila Allah cemburu kat kita dik, azab Allah yang paaaling kita takut .. bila Allah tak nak kisah lagi pada kita, apa akan jadi pada kita? Kita tak akan rasa seronok lagi nak ikut jalan kebaikan.. kita tak akan rasa lazat lagi nak mencari kebenaran. Allah kunci hati kita. Kita terpisah daripada hidayah Allah.


Jadi apa kita nak buat? Bagaimana kita nak uruskan perasaan suka pada si dia?

banyakkan muhasabah. Adakah kita tertarik pada si dia kerana agamanya, peribadinya yang soleh, atau kerana rangsangan-rangsangan nafsu?


''kakak, jika kita nak kahwin, macam mana kita nak tahu peribadi si dia, seandainya kita tak berkawan dulu?''

akak tersenyum..

Ermm.. tentu susahkan nak tahu peribadi sorang lelaki, lebih-lebih lagi, bagi kita yang menjaga iktilad..tapi, akak ingin berkongsi, cara nak tahu peribadi si dia..

lihatlah bagaimana ia menawarkarkan cintanya pada kita

Jika ia menawarkan cintanya dengan berkenalan, jumpa, sms, fb, call.. tentunya cinta itu terlalu rapuh.


Tapi, jika ia menawarkan cintanya dengan meminta pertolongan orang tengah yang dipercayai peribadinya. InsyaAllah, inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w .


Lebih yakin lagi, jika si dia meminta (dari orang yang dipercayai peribadinya) agar dicarikan untuknya. Subhanallah! Di sini tergambar keindahan tawakalnya pada Allah dalam memilih calon isterinya. Tentu isterinya juga solehah kan?