Carilah pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pd Allah, serta bercita2 ke arah memperbaiki imanmu kpd Allah..
Percepatkanlah nikah mu..
Akan tetapi, JANGANLAH engkau mencari pasangan hidupmu, yg jikalau engkau melihatnya, engkau pasti melupai Allah, dan engkau teringat akan nafsu kejahatan malah mengingatinya telah melalaikanmu dari bercita2 memperbaiki imanmu..
Thursday, November 3, 2011
HAMPIR ATAU JAUH
Posted by NuRFa at 8:28 AM 0 comments
Sunday, October 30, 2011
9 Wanita Idaman Lelaki
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak cerewet.
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
Bersopan satun
Sentiasa memansikan wajah
Sentiasa senyum
Menutup aurat
Ramah dan mesra
Tidak terlalu cemburu
Menghormati orang lain
Posted by NuRFa at 6:29 AM 0 comments
Saturday, October 15, 2011
SATU CITA-CITA
Posted by NuRFa at 4:56 PM 0 comments
Tuesday, October 11, 2011
SUSAH & MALU MENYATAKAN CINTA
Punca perempuan susah dan malu menyatakan cinta kepada lelaki.
Rujukan: "Daliluka ila al-Mar'ah" (1997), karangan Adnan Tharsyah. Beliau memetik kata-kata ini dari Tafsir al-Qurtubi, "al-Jaami' li Ahkam al-Quran",I, h.243.
Posted by NuRFa at 5:11 AM 0 comments
Tuesday, September 27, 2011
SAYA SAYANG AWAK
Posted by NuRFa at 6:32 PM 0 comments
Monday, September 19, 2011
NICE QUOTE
UNTUK MUSLIM,,,
BE A MAN,,, DNT APPROACH HER, BUT APPROACH HER WALI...
such a nice quote... Islam e2 indah.. buat sesuatu di jalan Allah,, insyaAllah diberkati,, dan e2lah yg seharusnya dilakukan.. mencari keredhaan Allah supaya ia lebih indah pada masa akan datang.. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.”
UNTUK MUSLIMAH,,,
Menerusi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bermaksud : “Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."
Posted by NuRFa at 8:18 PM 0 comments
AURATMU
~* Wanita dan AURAT sering dikait dengan RAPAT,
Bukan nak MENGUMPAT tapi hanya nak beri NASIHAT,
Bila AURAT DIBERI lihat maka bertambah DOSA di pertingkat,
WANITA itu anugerah TERHEBAT itu pasal dijaga begitu ERAT,
Walau seinci yang TERLIHAT maka rugilah dirasakan NIKMAT,
Biarlah AURAT di tutup RAPAT dengan HEBAT,
Agar redha ALLAH terasa DEKAT dan bertambah BERKAT *~
Posted by NuRFa at 4:34 PM 0 comments




