Sunday, March 27, 2011

KU CINTA

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti?
" Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:
Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. "Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali 'Imran: 31)

Dari Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :
" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "

Al-Quran
Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.

Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
( Surah Yunus: 57)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "

Bukti DicintaiNya
Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.
Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.
Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.
Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.

"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"

Asy-Syaukaani berpendapat :
" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "

Friday, March 25, 2011

NOT IN MOOD

adakala hati e2 muram kerana pemiliknya muram...

sedih nya malam nie.. suram... sayu...
memikirkan dosa2 yang lalu..
kekhilafan yg lalu...

ya Allah, andai ada pintu taubat untukku... aku memohon keampunan darimu...
kau tetapkanlah imanku di jalan yg kau redhai... permudahkanlah segala urusanku...

sungguh aku terlalu rindu dengan Allah...
sungguh aku terlalu rindu dengan Rasulullah...
sungguh aku terasa kerdil...
sungguh aku mencari Nur Fathiah (cahaya pembukaan) yang sebenarnya...
restuilah aku...

Thursday, March 24, 2011

SOMETHING TO SHARE

مخ الايمان التقوى والورع وهما من أفعال القلوب وأحسن أفعال الجوارح أن لا تزال مالئا فمك بذكر الله سبحانه

Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan kepadamu.Sekiranya kamu tidak suka apa yang kamu belanjakan hilang begitu sahaja,maka hendaklah kamu tidak menghabiskan umurmu dengan sia-sia.

Orang yang melakukan dakwah sedangkan dirinya tidak melakukan sebarang amalan (adalah sia-sia) umpama orang yang memanah sedangkan panahnya tidak bertali.

Seseorang wanita boleh merahsiakan cintanya selama 40 tahun,namun dia tidak mampu menyembunyikan kebenciannya walaupun sesaat.

Sekiranya engkau berpenat lelah dalam melakukan kebaikan,maka ketahuilah bahawa penat lelah engkau itu akan hilang,manakala kebaikan yg engkau lakukan akan kekal selamanya. (ridzuan, 2011)

YA ALLAH, SUCIKAN HATIKU

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
" Q.S Al-Hujuraat : 12 "

Ya Allah, peliharalah hatiku supaya sntiasa bersangka baik~~ setiap perkara ada penyebabnya... jauhkan aq dari sifat2 mazmumah... Bukan mudah utk menjadi baik... tetapi e2 bukan alasan utk kita menerima kejahatan sbg amalan~
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

Thursday, March 10, 2011

PENYESALAN YANG TAK BOLEH DIKESALKAN

aq telah mensia2kan persahabatan yg dulunya terjalin.. kini, kami telah terputus begitu sahaja.. tak tahu bagaimana dan di mana utk ku cari lagi..

betapa ruginya aq tak memanfaatkan apa yg aq ada.. betapa ruginya aq tak mensyukuri nikmat yg aq perolehi dulu...

kini dy telah hilang... hilang bersama dgn penyesalan...

shbt, walau di mana kau berada aq tetap doakan kamu bahagia di dunia dan akhirat. semoga perjalanan yg kamu cari akan kau temui...

terima kasih atas segalanya.. kerana kau, aq menebarkan amarah... kerana amarah, aq menyesal... namun kerana kau aq kembali ke pangkal jalan..

benar apa yg kau kata.. ketenangan e2 ada di hati... hati e2 ada pd ku.. dan aq yg harus mencari sndiri.. syukur kepada Allah kerana mempertemukan kita wlpn kini kt sudah tak berhubung..
perkenalan sgkat tapi kualiti itu indah..

Saturday, March 5, 2011

MAHKOTA WANITA

Wahai saudariku tercinta!

Jauhilah teman yang buruk perangai, yang suatu saat boleh saja ia menjerumuskanmu lalu menyeretmu ke dalam pergaulan yang rendah dan terlarang. Ia hiasi itu semua sehingga seakan-akan menarik dan merupakan hal biasa yang tidak akan berakibat apa-apa, tak akan ada aib dan sebagainya.

Jangan percaya puisi indahnya, sekali lagi jangan mudah percaya! Itu semua tak lain adalah tipu daya yang dilancarkan oleh syaitan dan teman-temannya. Dan jika engkau tak mahu berhati-hati maka sungguh hubungan haram itu akan berakibat sebagaimana yang telah kusebutkan di atas atau bahkan lebih parah dan menyakitkan lagi.

Berhati-hatilah jangan sampai engkau terpedaya dengan pujuk rayu para laki-laki pendosa itu yang kesukaannya hanya mempermainkan kehormatan orang lain. Mereka adalah pembohong, pendusta dan pengkhianat, walau salah satu dari mulut mereka terkadang menyampaikan kejujuran dan keikhlasan.

Apa yang diinginkan mereka adalah sama, dan semua orang yang berakal mengetahui itu, seakan tiada yang tersembunyi. Berapa kali kita mendengarkan, demikian juga selain kita tentang perilaku keji mereka terhadap para gadis remaja.

Namun sayang seribu sayang bahawa sebahagian para gadis tak mampu mengambil ikhtibar dari peristiwa memalukan yang menimpa gadis lainnya. Mereka tak mempercayai segala ucapan dan nasihat yang diberikan kecuali setelah peristiwa itu benar-benar menimpa, dan setelah terlanjur menjadi korban kebiadaban lelaki tidak bermoral itu.

Tatkala musibah dan aib yang mencoreng muka telah terjadi, maka ketika itulah ia baru terbangun dari keterlenaannya, timbullah penyesalan yang mendalam atas segala yang telah dilakukannya. Ia berangan-angan agar aib, derita, dan kegetiran itu segera berakhir, namun musim telah berlalu dan segalanya telah terjadi,yang hilang tiada mungkin kembali! "Mengapa semua jadi begini?"

mahkota seorang wanita terletak kepada tingginya budi pekerti dan hiasilah dirimu duhai wanita dengan sebaik2 pakaian ketaqwaan..mOga IslaM tak terfitnah dek kerana dirimu...sm2 mendaulahkan ISLAM...i'm a goOd muslimin and mUsLimah..insyaAllah

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (surah Al-isra' ayat 32)

Friday, March 4, 2011

THX

kite prlu kembali igt pd siapa yg Mencipta kita...kembali mengingati Dia...bile kak stress...solat n zikrullah jalan yg tbaik..lpas solat akk zikir..zikir...n zikir...dgn niat kerana Allah Taala...bdoa...x kisah r klu akak nk ngs skali pon...coz antara doa yg makbul adalah doa yg diiringi tangisan kerana mengharap pertolongan Allah...

dan...

jgn igt Allah time stress aje ea kak.cube utk lawan perasaan 2.Allah nk uji keimanan kak.insyaAllah tetapkn hati.ikhlas krne Allah dlm ibdh .