Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup. :)
Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir
mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT
maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT.
Tetapi, ingatlah!
Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT
dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai
Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang
andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.
Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan
disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang
pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan
dunia kerana itu hanyalah sementara.
Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul² sudah bersedia maka kahwinlah.
Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini.
Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Jangan pernah
kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran
dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di
pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.
Untuk Hawa.
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik
kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah
berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.
Untuk Adam.
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka
berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan
dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa.
Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang
telah ditetapkan di dalam Islam.